Mengurus Sifat Kedekut
Tidak
dinafikan ramai awek tidak suka lelaki yang kedekut. Ini kerana lelaki
sepatutnya jadi penyara keluarga, jadi jika ciri-ciri kedekut ini
ditunjukkan ketika berkawan atau
bercinta ia akan mematikan minat awek itu kepada anda. Selain masalah genetik,
sifat kedekut ini terhasil dari ketidakyakinan kita kepada masa depan menyebabkan
kita cenderung untuk menyimpan wang untuk menghadapi masa-masa susah. Dan
secara tak sengaja kita menjadi kedekut.
Untuk
mengelakkan anda dilihat sebagai kedekut, anda perlu membincangkan perancangan
penjimatan anda kepada awek tersebut supaya ia faham. Awek yang boros biasanya
susah nak faham tentang perkara ini kecuali jika ia betul-betul cinta kepada
anda. Jika awek itu tidak dapat menerima hakikat tersebut adalah susah untuk ia hidup dengan anda di masa hadapan. Jadi
adalah penting untuk anda memilih awek yang mempunyai pemikiran yang sama
dengan anda.
Selain
itu, anda juga boleh mengubah diri anda menjadi lebih pemurah. Niatkan segala
pembelanjaan yang anda lakukan itu adalah sedekah dan amal jariah. Ini kerana
setiap wang yang anda keluarkan boleh membantu menjana ekonomi negara. Bayangkan
jika anda membuka perniagaan, dan tiada siapa ingin membeli barangan anda kerana
sifat kedekut mereka, sudah tentu anda akan bankrupt. Bila anda bankrupt, sudah
tentu anda tidak boleh membayar cukai, maka kerajaan pula akan rugi. Maka kerajaaan
tidak boleh membayar gaji kepada kakitangan kerajaan dan ramai akan menggangur.
Maka berlakulah kebuluran dan kematian beramai-ramai.
Tips mengurangkan sifat kedekut :-
- setiap kali berdating pastikan anda yang bayar
- sebulan sekali belikan hadiah kepada awek anda
- selalulah hantar bunga ke pejabatnya
- kalau dating di pasar raya pastikan anda bayarkan apa yang dia beli
- setiap kali dating pakai baju yang berlainan, jangan pakai baju atau seluar yang sudah lusuh
- jika dia tiada kereta tawarkan diri untuk menghantarkannya ke tempat kerja setiap hari
Mengawal Nafsu Seks
Apabila
kita mengorat awek, kita sering tercari-cari awek yang cantik, sexy dan menarik
pada pandangan nafsu seks kita. Sehingga kita terlupa bahawa kita sebenarnya
sedang mencari awek yang bakal melahirkan zuriat kita. Walaupun kita
berniat untuk sekadar berkawan atau nak
suka-suka sahaja, kita terlupa bahawa kita mungkin akan terjatuh cinta padanya
dan akhirnya akan berkahwin dengannya.
Nafsu
seks adalah penting bagi melahirkan zuriat, ia perlu disalurkan kepada
perkara-perkaara yang positif dalam perhubungan suami isteri. Nafsu seks juga
boleh membantu memotivasikan kita untuk menghadapi kehidupan ini. Walaubagaimanpun,
nafsu seks yang terlalu tinggi boleh merosakkan kita. Ia boleh membutakan hati.
Bak kata pepatah ‘cinta itu buta’, tapi
sebenarnya yang buta itu nafsu. Lebih sesuai digantikan dengan ‘nafsu itu
buta’. Oleh kerana nafsu seks yang tinggi, kita boleh tersalah pillih awek, dan
akhirnya kita yang kecewa.
Tidak
dinafikan ramai manusia yang kecundang dengan nafsu seks, mereka terdorong
untuk menjadi perogol, pencabul, melanggan pelacur atau terlibat dengan cyber
seks, ketagihan video lucah, laman web lucah dan sebagainya. Jika anda terasa
yang anda mempunyai nafsu seks yang tinggi, anda perlu berhati-hati dan mengambil
pencegahan awal sebelum terus terlibat dalam kancah jenayah yang lebih berat.
Ada banyak faktor yang menyebabkan
nafsu seks kita menjadi tinggi.
1) Ketidakseimbangan
hormon – Sekarang ini ada banyak ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan nafsu
seks, anda boleh berjumpa doktor pakar untuk konsultasi. Anda juga boleh
menggunakan teknik reflexology kaki untuk perbaiki ketidakseimbangan hormon
ini. Sila urut bahagian kelenjar testis, kelenjar pituitary, kelenjar tyroid
dan kelenjar adrenal.
2)
Ketidakseimbangan tenaga – Menurut perubatan cina, nafsu seks dikaitkan dengan
buah pinggang, jika buah pinggang terlebih tenaga, nafsu seks akan menjadi
kuat. Jadi untuk mengurangkannya amalkan makanan yang sejuk seperti buah limau, ataupun tembikai.
3)
Pemakanan – Kurangkan makan makanan yang pedas, berempah dan bahan
kekacang.
Amalkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan pedas dan masin
boleh meningkatkan tenaga buah pinggang untuk merangsang hormon sex yang
berlebihan.
4)
Cakra dasar tersumbat – Untuk menyembuhkan cakra, boleh gunakan kristal seperti
Hematite, Black Tourmaline, Onyx, Garnet, Smoky Quartz atau
Obsidian. Jika cakra dasar tersumbat, tenaga seks akan terkumpul
di bahagian dasar, ini akan menjadikan kita ketagihan seks, jadi
penggunaan kristal boleh membantu menghilangkan ketagihan tersebut.
5)
Persekitaran – Kurangkan pendedahan kepada bahan-bahan lucah dan
banyakkan
beribadat. Jika kita didedahkan dengan bahan lucah setiap hari, kita
berkecenderungan untuk ketagih seks akibat faktor tabiat. Jadi kuasa
minda penting untuk mengawal keadaan tersebut.
6)
Psychology – Ada
juga yang mengurangkan tekanan atau menghilangkan kebosanan, dengan melayari
web lucah. Cuba
cari hobi lain yang lebih produktif seperti melakukan aktiviti sukan, sosial,
ataupun beriadah.
7)
Ransangan dari makhluk halus – Jika nafsu anda naik secara tiba-tiba
tanpa
rangsangan fizikal, ia mungkin dari makhluk halus. Kuatkan minda untuk
menolak
rangsangan ini tanpa menurut kehendaknya. Makhluk halus biasanya boleh
mencantikkan pandangan anda menyebabkan anda menjadi obses kepada
wanita. Dengan meningkatkan kesedaran bahawa anda sebenarnya di bawah
pengaruh makhluk halus anda boleh menghilangkan obses ini dengan
segera.
Jika masih gagal, anda boleh menggunakan teknik air garam. Masukkan air ke dalam baldi sehingga separuh penuh. Masukkan 2 sudu garam batu ke dalam air. Duduk tegak dan rendam kaki anda sehingga paras buku lali. Berdoa pada Tuhan supaya anda disembuhkan dari sakit ketagihan seks dan berzikir selama 20 minit. Jika air itu bertukar menjadi panas atau bertukar menjadi hitam, memang benar anda di bawah pengaruh makhluk halus. Anda juga mungkin akan menguap, sendawa, terasa panas di mata atau telinga, terasa sakit di hujung jari atau kebas kaki. Simptom-simptom ini menunjukkan makluk halus itu sedang keluar dari badan anda. Jadi amalkan setiap hari sehingga simptom-simtom tersebut hilang. Pastikan anda membuang air itu ke parit setelah digunakan. Teknik ini juga anda boleh gunakan untuk penyakit-penyakit lain yang disyaki dari makhluk halus.

Positif vs Negetif
Dari
segi ilmu fizik, medan magnet mempunyai medan tenaga positif dan
negetif. Medan tenaga positif, arusnya bergerak
keluar, manakala medan
tenaga negetif, arusnya bergerak ke dalam. Konsep ini boleh digunakan terhadap
manusia juga. Manusia yang positif, setiap tindakannya sentiasa memikirkan
keuntungan orang lain, dan manusia yang negetif pula segala tindakannya lebih
mementingkan keuntungan diri sendiri. Tetapi jarang kita jumpa manusia yang
100% positif. Yang penting di sini, jika ianya melebihi 50% positif, kita boleh
kategorikan sebagai seorang yang baik. Dan jika lebih 50% negetif, kita boleh kategorikan sebagai orang yang jahat.
Jahat dan baik tidak boleh diukur dengan sains, kerana ia bergantung kepada persepsi masyarakat, budaya dan agama. Tetapi positif dan negetif boleh diukur dengan sains. Menurut agama Buddha jika roh seseorang itu positif, secara semulajadi ia akan menjadi ringan dan meninggalkan alam negetif (bumi) dengan mudah dan pergi ke syurga Tetapi jika roh seseorang negetif, ia akan terperangkap di bumi ataupun pergi tempat yang lebih negetif iaitu neraka. Konsep ini agak sama dengan titian siratul mustakim, di mana manusia yang berat dosanya akan jatuh ke neraka, manakala manusia yang banyak pahala akan berjaya menuju ke syurga.

Orang
yang nampak baik belum tentu positif. Orang yang nampak jahat belum tentu
negetif. Positif lebih kepada dalaman dan niat sesorang dalam melakukan
sesuatu. Contohnya, jika dia menderma kepada seseorang dengan niat
menunjuk-nunjuk bagi mendapat nama, ini dikira satu perbuatan yang negetif,
walaupun secara zahirnya positif. Sedekah itu perlu dilakukan di atas perasaan belas
kasihan terhadap manusia, bukannya untuk mendapat balasan kepada diri sendiri. Secara
simboliknya positif adalah ikhlas, negetif adalah tidak ikhlas.
Niat
adalah penting untuk menentukan samaada tindakan kita itu positif atau negetif.
Sebab itu kita tidak boleh menghukum seseorang itu baik atau tidak dengan hanya
melihat luaran sahaja. Kita perlu mengkaji sebab musabab sesuatu tindakan itu,
adakah ia sengaja atau tidak. Jika ianya sengaja, niat itu mungkin datang dari
nafsu dan emosi yang gagal dikawal dengan baik akibat kesedaran dan pendidikan
yang kurang. Jika ianya tidak sengaja, mungkin ianya takdir Tuhan yang ingin
menguji manusia. Ada
juga yang melakukan kejahatan kerana terdesak seperti kelaparan, masalah
tekanan jiwa, halusinasi, pengaruh dadah dan sebagainya.
Lebih
banyak perkara positif yang kita lakukan, lebih ringan roh kita, dan lebih
tenang jiwa kita. Kesihatan juga akan meningkat. Lebih banyak perkara negetif
yang kita lakukan, roh kita akan bertambah berat, jiwa akan resah kerana rasa
bersalah dan takut jika perbuatan diketahui orang. Kita juga akan mudah terkena
penyakit. Ada
orang kata penyakit adalah ujian, jika ianya datang dari genetik yang rosak,
atau dalam bahasa Sanskrit, karma. Panyakit adalah balasan, jika ianya datang dari
pemikiran yang negetif, ini lebih kepada Law Cause and Effect (sebab musabab
sesuatu kejadian).
Salah satu tips untuk mengenali orang yang positif, adalah kita akan berasa bersemangat apabila bersama dengannya, ini kerana arusnya bergerak keluar dan pergi kepada kita. Manakala orang yang negetif pula kita cepat terasa letih apabila bersama dengannya, kerana ia menyerap arus kita. Walau bagaimanapun, ini bergantung kepada getaran yang kita ada, jika kita dikuasai oleh makhluk halus, kita akan berasa tidak selesa atau tertekan bila bersama dengan orang yang positif.

Positif
menarik positif
Negetif
menarik negetif
Bagaimana
perkara ini terjadi? Menurut ilmu cosmologi, gelombang positif frequensinya
lebih tinggi dari gelombang negetif. Konsep
ini sama dengan gelombang radio. Jika frequensi kita tinggi, kita akan masuk
atau menarik ruang yang sama dengan frequensi yang tinggi juga. Frequensi yang
tinggi dikaitkan dengan kegembiraan dan kebahagian. Frequensi yang rendah
dikaitkan dengan kesedihan dan
kekeciwaan.
Harus diingatkan disini, jika gelombang kita
tinggi, tak semesti ianya akan sentiasa tinggi, adakalnya kita dipengaruhi oleh
gelombang negetif yang ada disekeliling kita seperti gelombang nuclear lemah
(weak nuclear force), atau gelombang dari entity negetif seperti ibllis, makhluk
halus dan manusia. Untuk mengelak dari gelombang negetif ini terus menyerang,
kita perlu sentiasa mengawal emosi kita supaya frequensi kita sentiasa positif.
Amalan solat lima
waktu adalah amalan yang baik untuk mengawal frequensi kita daripada menjadi
negetif. Yang penting solat itu perlu ikhlas dan mengadap kiblat.
Apabila kita sujud, magnetik bumi akan menarik keluar segala tenaga negetif yang terkumpul di kelenjar pineal, tenaga ini lebih kuat ditarik jika kita mengadap pusat graviti. Keikhlasan penting supaya arus kita bergerak keluar bersama tenaga negetif tersebut. Jika kita ria' atau ujub, perkara yang sebaliknya akan berlaku di mana kita akan menarik masuk tenaga negetif ke dalam kelenjar pineal ketika sujud. Ini adalah berbahaya kepada kesihatan. Sebab itu kita digalakkan solat malam, kerana pada masa itu tiada siapa melihat kita. (Lihat surah Al-Mauun ayat 4-6)

Dengan
mengawal gelombang kita, banyak perkara-perkara buruk kita boleh elakkan. Kita
akan menarik orang-orang yang positif. Jika anda bekerja dalam bidang yang
sentiasa berjumpa dengan pelanggan anda boleh terasa perbezaannya. Jika kita
tengah marah atau kecewa, pasti ada pelanggan yang negetif datang kepada kita.
Jika kita sentiasa bahagia dan positif, pelanggan-pelanggan yang negetif dapat
dikurangkan dan pergi kepada orang lain.
Begitu
juga apabila mengorat awek. Pastikan anda berada dalam keadaan positif sebelum
keluar mengorat awek. Selamat mencuba.
Memahami Law of Attraction
Ada orang mengatakan bahawa jika kita
sentiasa berfikir positif, segala yang positif akan datang kepada kita. Tidak
semestinya begitu. Kerana setiap manusia mempunyai takdirnya yang tersendiri. Jika
takdirnya buruk, belum tentu segalanya akan baik, dan jika takdirnya baik, yang
baik juga yang akan berlaku. Bezanya di sini, kita tidak tahu takdir kita apa, oleh
itu kita perlu berusaha untuk bersikap positif untukk menarik segala yang
positif dalam hidup. Tetapi jika kita gagal, kita perlu redha dengan ketentuan
takdir tanpa ada perasaan marah dan kecewa.
Permikiran positif boleh dibahagi kepada 2,
iaitu
1) Bersangka baik kepada sesuatu
2) Mengharap yang terbaik kepada sesuatu
Bersangka
baik selalunya di cirikan dengan nilai-nilai murni dalam jiwa kita seperti
redha, syukur, pemaaf, tenang dan gembira. Ini kerana, jika berlaku kesusahan,
belum tentu kesusahan itu akan kekal selamanya. Ia mungkin sementara, jadi kita
perlu bersedia menghadapi kesusahan ini
dengan pemikiran positif. Kesusahan adalah pelajaran baru dari Tuhan.
Banyak yang kita boleh belajar dari kesusahan. Kita belajar mengenal diri kita
dan orang sekeliling kita. Kita belajar kekuatan dan kelemahan kita. Kita juga boleh belajar
bagaimana kehidupan ini berfungsi.
Berfikiran
positif, tak semestinya kita selalu tenang, sebagai manusia biasa kita tidak
dapat lari dari emosi negetif. Emosi negetif adalah penting untuk memberitahu
bahaya yang mungkin akan berlaku di hadapan kita. Emosi negetif sebenarnya aset
kepada kita, ia mungkin sebagai amaran yang perlu diambilkira. Emosi ini perlu
dinilai oleh pemikiran kita dengan cara yang positif. Apakah tindakan yang
perlu diambil untuk menghadapinya. Maka, di sinilah pentingnya ilmu. Jika kita
kurang ilmu, maka tindakan kita mungkin akan drastik dan merugikan kita. Jika
kita kurang ilmu, atau tidak pasti dengan apa yang kita perlu lakukan, jumpalah
dengan orang-orang yang mempunyai ilmu tersebut dan berbincang dengan mereka.
Atau sekurang-kurangnya carilah buku-buku yang berkaitan.
Setelah
kita membuat keputusan, kita bertawakal kepada Tuhan segalanya akan baik. Jika
berlaku sebaliknya kita perlu redha dengan ketentuan Tuhan. Ramai orang gagal menghadapi
kekecewaan sehingga membunuh diri dan orang lain, kerana mereka terlupa sebab
mereka dilahirkan. Mereka terlupa, bukan semua orang dilahirkan untuk berjaya.
Bukan semua orang dilahirkan untuk hidup mewah. Hidup ini hanya sebuah pentas
ujian. Apa yang kita lihat setiap hari hanyalah sebuah drama. Kita dikelilingi
oleh ilusi realiti. Realiti yang sebenar hanyalah selepas kita mati. Jika kita hidup
penuh dengan negetiviti maka kita akan menuju ke arah realiti negetif itu.
Jika kita hidup dengan penuh positiviti, maka kita akan menuju ke arah realiti positif
itu.
Negetif
itu neraka dan positif itu adalah syurga. Untuk memenuhi hidup ini dengan
positiviti, kita perlu mengawal setiap pemikiran kita. Setiap gerak hati dan
keinginan perlu dinilai kesannya. Apakah tindakan kita itu akan mendatangkan
kebaikan atau keburukkan kepada diri kita dan orang lain. Jika ia mendatangkan
keburukan, lupakan sahaja, jika mendatang kebaikkan baik teruskan. Apakah
tindakan itu hanya mendatangkan keuntungan kepada diri kita sahaja dan
mendatangkan keburukkan kepada orang lain? Di sinilah pentingnya cinta, jika
jiwa kita penuh dengan cinta, kita akan berfikir 2 kali terhadap tindakan kita
itu.
Cinta
menarik cinta. Benci menarik benci.
Ini adalah
asas kepada Law of Attraction. Jika jiwa kita penuh dengam cinta, kita akan
menarik peristiwa yang mendatangkan cinta kepada kita. Contohnya, jika takdir
kita buruk, tetapi jiwa kita redha, kita akan menarik orang yang baik untuk
menolong kita keluar dari kesusahan itu. Jika jiwa kita tidak redha dan benci.
Maka akan datanglah lebih ramai orang jahat yang lebih menyusahkan kita. Jika
anda menghadapi kesusahan, cuba
redha dan bersyukur. Buangkan perasaan marah dan benci. Saya yakin pasti ada
orang yang akan datang membantu anda.
Law of Attraction juga boleh diaplikasikan juga seperti berikut;-
Law of Attraction juga boleh diaplikasikan juga seperti berikut;-
Penipu menarik penipu
Pencuri menarik pencuri
Perasuah menarik perasuah
Jika anda menjadi seorang ibu atau ayah. Anda akan merasa kebenaran kenyataan tersebut. Ini bergantung kepada perangai anda ketika anak anda hampir lahir. Anak anda akan mengikut perangai anda ketika isteri anda mengandungkannya. Jika anda selalu menipu ketika itu, anak anda mewarisi perangai tersebut. Ia bermula ketika janin hampir terbentuk sehingga bayi itu lahir. Malangnya perangai yang diwarisi ini susah hendak diubah kerana terbentuk dalam genetik.
Jika anda sebagai majikan pula, pastikan orang yang mengambill pekerja atau menemuduga pekerja adalah orang yang positif untuk mengelak daripada menarik orang yang negetif bekerja dengan anda. Jika anda ingin memulakan perniagaan, pastikan niat anda baik untuk mencari rezeki halal. Jika tidak, pasti anda terambil pekerja yang negetif yang bakal meranapkan perniaagaan anda.
Saya tidak nafikan Law of Attraction ini boleh berlaku melalui genetik kita. Jika genetik kita yang negetif, walaupun kita cuba untuk menjadi positif, kita tetap menarik orang yang negetif. Inilah namanya ketentuan takdir. Maka, bersabarlah. Kita lakukan apa yang termampu, biarlah Tuhan yang menilai semua perkara.
Menerapkan Kesetiaan
Manusia
mempunyai naluri semulajadi untuk setia kepada satu pasangan. Bagaimana
buruk pun pasangan kita, kita tetap akan kekal bersamanya. Ini kerana di dalam
otak manusia terdapat hormone cinta yang dikenali sebagai vasopressin bagi
lelaki dan oxytocin untuk wanita. Hormon ini juga berfungsi dalam meningkatkan
penyerapan air ke dalam tubuh kita. Orang yang kekurangan hormon ini akan kerap
membuang air, penyakit ini dikenali sebagai diabetis insipidus.
Hormon
oxytocin dan vasopressin dipercayai boleh membantu kita menjadi tenang serta menghilangkann
perasaan bimbang atau syak wasangka apabila kita bersama dengan pasangan kita.
Ini akan menjadikan kita lebih setia. Apabila hormon ini tidak terhasil atau
berfungsi dengan baik, perasaan cinta terhadap pasangan akan pudar dan
terjadinya pertengkaran akibat perkara remeh temeh.
Antara
sebab hormon ini tidak terhasil atau berfungsi dengan baik, kerana
mungkin
berlaku kerosakan kepada kelenjar pituitary, testis atau ovari akibat
tekanan yang berterusan. Salah satu cara untuk memperbaiki system hormon
ini,
adalah dengan melakukan terapi elektrostatik ataupun reflexology kaki.
Untuk
reflexology kaki anda boleh melakukan sendiri
di rumah, sila picit bahagian yang berkaitan dengan kelenjar pituitary,
testis dan ovari bagi melancarkan peredaran darah. Sila lihat rajah.
Antara Cinta Dan Benci
Benci adalah antithesis kepada cinta. Mengikut kajian saintis, perasaan
benci boleh merosakkan sistem hormon badan, merendahkan sistem imunisasi
tubuh serta meningkatkan risiko kepada pelbagai penyakit. Ada orang
rajin menjaga kesihatan, memakan makanan seimbang dan melakukan senaman,
tetapi tetap terkena penyakit. Selain masalah genetik dan pencemaran
alam, ini mungkin kerana jiwanya tidak tenang dan penuh dengan perasaan
benci.
Banyak jenayah seperti pembunuhan, rogol, penderaan, buang bayi dan sebagainya adalah bermula daripada perasaan benci. Benci boleh merosakkan sistem saraf dan kimia otak hingga menyebabkan kita boleh bertindak secara tidak waras. Orang yang dilahirkan dalam keluarga yang kucar kacir berkecenderungan untuk memiliki sifat benci. Sifat ini dipelajari daripada ibu bapa mereka dan ianya telah menjadi tabiat dalam diri anak itu. Bagi mereka perasaan benci itu adalah perkara biasa dan mereka terdorong melakukan jenayah.
Apakah itu benci? Benci adalah hilangnya perasaan cinta atau suka kepada sesuatu atau seseorang. Benci hadir apabila sesuatu itu tidak lagi mendatangkan faedah kepada dirinya malah mendatangkan kemudharatan pula. Benci jika tidak dikawal boleh menghasilkan dendam. Dendam, jika tidak dikawal boleh menghasilkan penderaan dan pembunuhan.
Benci terhasil daripada ego kita yang gagal menerima sesuatu hakikat. Ini kerana kita lebih mementingkan nilai kebendaan dan pengharapan kepada sesuatu. Jika ianya gagal memenuhi apa yang diharapkan, maka timbullah rasa benci.
Perasaan benci juga diterapkan melalui sistem pendidikan yang bersifat menilai dan menghukum sesuatu atau seseorang melalui penilaian luaran tanpa mengambil realiti sebenar sesuatu kejadian. Contohnya, menghukum seorang pencuri sebagai penjahat yang perlu dibenci, sedangkan pencuri tersebut mungkin terdesak kerana kelaparan.
Sikap yang suka menghukum ini menyebabkan rasionalisasi otak kita gagal berfungsi dengan sempurna lalu menghasilkan individu yang cepat melatah dan lebih teruk lagi lahirlah masyarakat yang kucar kacir, penuh dengan perjudis atau buruk sangka.
Media massa juga banyak memainkan peranan dalam menanam budaya benci. Hari ini kita banyak dihiburkan oleh drama-drama yang bertemakan kebencian dan dendam. Walaupun drama-drama ini bermatlamat untuk memberikan pengajaran terhadap akibat daripada sifat buruk tersebut, ianya boleh mengganggu sistem hormon ketika menontonnya. Ini termasuklah rancangan tv yang kononnya berbentuk informasi dan hiburan tetapi lebih berkecenderungan memaparkan keburukkan individu-individu tertentu untuk dibenci oleh masyarakat.
Untuk menghilangkan benci, kita perlu menerapkan budaya cinta dan sayang. Jika kita cinta dan sayang kepada diri kita, ibu bapa, keluarga dan masyarakat, kita tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan diri kita dan masyarakat. Jika kita cinta kepada pasangan kita, sudah tentu kita tidak akan mendera atau menyakitinya dan bertanggungjawab dalam apa jua yang kita lakukan.
Cinta terhasil daripada perasaan ikhlas untuk memberi dan tidak mengharapkan balasan kebendaan daripada setiap apa yang kita beri. Setiap apa yang kita lakukan adalah atas dasar memberi kebaikkan kepada diri dan orang sekeliling kita. Perasaan cinta meningkatkan sensitiviti kepada keperluan orang sekeliling kita dan segala tindak tanduk kita akan mengambil kira impak kepada persekitaran kita. Secara rumusannya, perasaan cinta akan mematangkan kita.
Budaya cinta dan sayang semakin pudar dalam masyarakat kita. Budaya benci pula yang kian meningkat. Ini adalah kesan daripada nilai kebendaan yang kian menguasai jiwa kita. Pada hari ini, kita lebih kepada mengejar kemewahan hidup dan mencari wang yang banyak, tanpa kita sedari, anak kita di rumah tiada siapa yang memberi kasih sayang. Tiada siapa yang menghargai mereka. Nak mengharapkan kasih sayang daripada pembantu rumah? Banyak pula pembantu rumah yang melakukan penderaan. Maka, lahirlah individu-individu yang tidak seimbang, yang tidak mempunyai perasaan seperti manusia biasa.
Harus diingatkan di sini, jatuh bangun sesuatu bangsa itu bergantung kepada sistem kekeluargaannya. Jika sistem kekeluargaannya pincang, maka pincanglah bangsa itu, maka bermulalah zaman kejatuhannya.
Demi mengejar high income nation menjelang 2020 ini, kita terlupa budaya kasih sayang yang perlu diterapkan. Apa gunanya pendapatan tinggi kalau generasi yang akan datang bakal memusnahkannya. Fikir-fikirkan lah.
Menurut pakar pemakanan, buah limau juga boleh membantu menghasilkan GABA (gamma-Aminobutyric acid) di dalam otak kita. GABA berfungsi mengawal daya ransangan neuron di dalam sistem saraf otak supaya kita lebih tenang dan sabar. Kekurangan GABA di dalam otak menyebabkan tumpuan kita terjejas, mudah bimbang, dan cepat marah.

Salah satu tips untuk menghilangkan perasaan benci adalah dengan meminum air limau nipis tanpa gula. Ini kerana rasa masam limau tersebut boleh mengubati liver (hati) anda yang rosak akibat pencemaran alam, makanan berkolesterol tinggi dan bertoksik. Menurut perubatan cina, liver adalah berkaitan dengan kemarahan. Jadi , dengan memperbaiki liver, kita akan hilang rasa marah, secara automatik kita akan mudah memaafkan orang, maka hilanglah rasa benci.
Menurut pakar pemakanan, buah limau juga boleh membantu menghasilkan GABA (gamma-Aminobutyric acid) di dalam otak kita. GABA berfungsi mengawal daya ransangan neuron di dalam sistem saraf otak supaya kita lebih tenang dan sabar. Kekurangan GABA di dalam otak menyebabkan tumpuan kita terjejas, mudah bimbang, dan cepat marah.
Meluahkan Perasaan
Adalah mudah untuk meluahkan perasaan cinta kepada
seseorang. Yang penting anda yakin bahawa orang itu sudah bersedia untuk
menerima cinta anda. Pastikan anda sudah mengenali hati budinya dan dia
pun sudah mengenali hati budi anda barulah anda meluahkan perasaan
cinta tersebut. Seeloknya luahkan perasaan cinta itu selalu, paling
kurang sekali sehari. Ia adalah sebagai jaminan yang cinta anda tidak
pernah berubah.
Tetapi bagaimana pula dengan perasaan marah? Tidak dinafikan dalam perhubungan percintaan, ada masa turun ada masa naik. Ada ketikanya kita akan rasa sesuatu yang tidak kena, dan kita perlu meluahkannya, tapi tidak sampai hati, takut awek itu merajuk dan lari. Inilah masanya untuk anda menguji cinta si dia, samaada ia boleh bertahan dengan anda atau tidak. Jika dia sanggup menerima teguran atau luahan anda dan berusaha untuk mengubah, maka harapan perhubungan anda akan cerah.
Cuma cara teguran itu biarlah berlapik dan tidak melukakan hati, jangan gunakan perkataan-perkataan yang menilai seperti bodoh, bangang, salah, jahil, dan sebagainya. Tanya sebabnya mengapa dia melakukan perkara tersebut, jika alasannya tidak munasabah, berikan cadangan yang anda rasa lebih sesuai dengan memberikan sebab-sebab yang munasabah mengapa si dia perlu berubah.
Ingat, bak kata orang putih there is no right or wrong, only opinion. Hari ini mungkin anda sangka anda betul, tetapi belum tentu anda akan betul selamanya. Jadi sebelum menegur pertimbangkan dahulu rasionalnya perasaan anda itu, mungkin ianya tidak logik untuk ketengahkan.

http://www.live-radio-on9.blogspot.com/2012/12/selamat-datang-ke-lpgnxtremecom.html
ReplyDeletehttp://www.lpgnxtreme.com/index.php?referid=one8507
ReplyDelete